Kenali Irfan Khairi...

Sebuah laptop, talian Internet, minda keusahawan dan impian. Kombinasi ini telah melonjakkan karier Irfan Khairi sebagai seorang perekacipta multimedia dan konsultan Internet di United Kingdom, sehingga menjadi ikon perniagaan dan pemasaran Internet #1 Malaysia.

Dengan hanya bermodalkan RM500, bermula ketika berumur 20 tahun, Irfan Khairi telah berjaya mencapai apa yang ramai usahawan tidak capai di ketika itu, iaitu membina perniagaan yang mencecah keuntungan RM1,000,000 pada usianya baru 25 tahun sahaja, tanpa pekerja dan peralatan yang canggih.

Syarikatnya, Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) kini terus mencipta nama dan memberi impak sebagai syarikat latihan dan pendidikan perniagaan Internet utama di Malaysia sejak tahun 2006 lagi.

Kejayaan awal Irfan Khairi bermula dengan mempunyai mindset yang betul dan mempelajari teras strategi perniagaan sendiri serta melalui pengalaman jatuh dan bangun di dalam dunia perniagaan. Sehingga kini, beliau telah menjadi inspirasi kepada berjuta orang di Malaysia dan seluruh dunia.

  • Irfan Khairi telah menulis 7 buku terlaris di pasaran yang memberi fokus kepada perniagaan, motivasi dan kewangan. Buku-bukunya yang mudah difahami dan memberi tip dan strategi praktikal dalam membina kekayaan, telah berjaya di pasaran dan mendapat tempat di hati ramai pembaca.
  • Sejak 2007 hingga kini Irfan Khairi mempunyai segmen mingguannya sendiri di Astro Awani (Awani Pagi), TV1 (Selamat Pagi Malaysia), TV2 (Hello on Two), Radio24 (SMS- Strategi Media Sosial) dan KLfm (Bersama Irfan Khairi) dimana beliau kerap berkongsikan teknik kejayaan perniagaan dan juga kewangan.
  • Sejak 2006 Irfan Khairi juga merupakan penulis segmen untuk majalah Maskulin, Dewan Ekonomi, Nur, dan kini Majalah Wanita. Beliau juga mempunyai segmen tulisan mingguan "Wang Anda" pada setiap Jumaat di akhbar popular, Harian Metro.
  • Blog perniagaan Irfan Khairi telah menjadi pilihan bacaan ramai usahawan tempatan sehingga hari ini dengan lebih 1,100 artikel motivasi, perniagaan dan kewangan. Pengikut laman Facebook Irfan Khairi kini lebih dari 540,000 ribu dan channel YouTubenya sering ditonton pengguna dengan lebih setengah juta tontonan video.
  • Pusat latihan Irfan Khairi di Mutiara Damansara, membuka pintunya kepada lebih 300 pelajar setiap bulan yang menyertai program-program keusahawanan dan pemasaran Internet yang dianjurkan.
  • Learning Grid, iaitu sistem pembelajaran online yang dicipta oleh Irfan Khairi di United Kingdom sejak tahun 2000, kini telah digunakan oleh lebih 5,000 orang di United Kingdom.

Bukan sahaja Irfan Khairi dikenali sebagai penceramah profesional, penulis buku terlaris, dan pelatih peringkat antarabangsa dalam bidang e-niaga, Irfan Khairi juga merupakan pemimpin bervisi dan pakar yang sering dirujuk dalam bidang Internet dan Media Sosial.

Selain daripada mengendalikan beratus program tempatan dan juga luar negara, Irfan Khairi pernah dijemput untuk memberi ucapan dan berkongsi ilmu di persidangan dan acara perniagaan dan pemasaran di seluruh dunia termasuk, New York, Los Angeles, London, Paris, Amsterdam, Sydney, Dubai dan Qatar.

Program terbaiknya iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, kini menjadi pilihan utama usahawan Internet yang baru dan juga berpengalaman dalam membina keuntungan perniagaan online yang berpanjangan. Sejak 2005, syarikat IKSB telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia.

Dengan pelbagai kejayaan yang dicapai di dalam dan juga luar negara, Irfan Khairi juga telah dipilih untuk menghasilkan modul-modul dan program keusahawanan untuk beberapa buah universiti tempatan dan antarabangsa serta jenama-jenama yang dikenali seperti Asia eUniversity, Open University Malaysia, Federation University of Australia, International Islamic University (UIA), Lim Kok Wing University, Oxford Center for Leadership, Maybank Singapore, Now Asia Singapore dan banyak lagi.

Beliau sering mendapat penghargaan dari pelbagai pihak dalam bidang perniagaan Internet, termasuk "Young Innovation Award" oleh Oxford Association of Management pada tahun 2006 atas usahanya dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada golongan belia di Malaysia. Sebagai tambahan, pada tahun 2014, persembahan ceramahnya mengenai Pemasaran Facebook telah mendapat pujian di Internet Week New York, sebuah persidangan Internet antarabangsa yang berprestij di USA.

2015 baru-baru ini, rekod kejayaan Irfan Khairi menghasilkan program-program perniagaan Internet yang bermutu dan berjaya telah membawanya sebagai penasihat Internet dan Media Sosial untuk International Council for SME and Entrepreneurship. Tahun ini juga, beliau telah diberi penghargaan sebagai Global Media Catalyst bersama 16 lagi belia dari seluruh dunia di 9th Al-Jazeera Forum di Doha, Qatar.

"Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain,
Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk
menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga
yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan.

Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untuk
memberi pulangan berkali-kali ganda melalui
laman web kami"

~Azizi Ali
Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1


Klik di sini untuk kembali ke ruang SOALAN LAZIM
 






HakCipta terpelihara © 2011-2020 Irfan Khairi Sdn Bhd. TERMA DAN SYARAT Segala yang terkandung di dalam laman web
ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. HUBUNGI KAMI