|
Kata-kata Aluan Irfan Khairi
Koordinator / Pensyarah
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Saya mula mendapat pendedahan Internet secara formal sejak tahun 1998 di Staffordshire University, United Kingdom di dalam jurusan Multimedia tajaan JPA. Alhamdulillah, pencapaian saya sebagai pelajar multimedia boleh dikatakan membanggakan sehinggakan sebuah syarikat di UK mengambil saya sebagai konsultan sebelum saya menjalankan perniagaan melalui Internet.
Bekerja sebagai konsultan kepada sebuah syarikat di Birmingham, saya mula menjinak-jinak dalam perniagaan Internet dan memulakan perniagaan Internet saya yang pertama.
Namun, walaupun sebagai seorang pelajar tajaan JPA dan mendapat keputusan yang baik ketika di universiti, serta mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat IT terbesar di UK ketika itu, perniagaan Internet saya gagal.
Sepanjang setahun, saya berusaha, tetapi, mengalami kegagalan…
Ketika itu baru saya ketahui bahawa apa yang saya belajar di universiti adalah teori dan bukannya praktikal yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Apa yang saya belajar dan ketahui di universiti adalah berbeza dengan apa yang di alami di dunia perniagaan sebenar.
Sejak itu, saya mula menghadiri seminar, workshop, membaca buku dan juga belajar dari mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan untuk mengetahui selok belok, dan ‘rahsia’ berjaya dalam perniagaan.
Asia eUniversity & Open University Malaysia
dan program Diploma Profesional
Saya mendapat tawaran dari Asia eUniversity pada tahun 2010 dan Open University Malaysia pada tahun 2013 untuk menghasilkan sebuah modul khas untuk masyarakat Malaysia tentang perniagaan Internet di dua buah University berkenaan.

Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang pendidikan keusahawanan, saya menerima tawaran tersebut dan menghasilkan modul Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.
Saya amat teruja atas kerjasama sejak 2010 dengan Asia eUniversity dan juga Open University, Malaysia untuk menghasilkan modul keusahawanan Internet bukan sahaja untuk universiti tempatan, tetapi juga bertaraf antarabangsa!
Kini, program Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah melahirkan lebih 2,000 pelajar dewasa yang telah tamat pengajian!
Apa yang paling menarik sekali tentang modul yang dihasilkan ini serta pendekatan adalah, ianya "business based learning", bererti, pelajar pada akhir pembelajaran bukan sahaja akan mendapat sijil atau hanya konvo seperti universiti lain. Tetapi, akan menghasilkan perniagaan sendiri sepanjang modul yang disediakan. Perniagaan yang boleh menjana keuntungan!
Pendekatan Universiti juga adalah menarik oleh kerana mahukan saya yang berpengalaman dalam perniagaan untuk menjadi tenaga pengajar modul universiti ini.
Internet dan media sosial telah mengubah bidang perniagaan, korporat dan juga kerajaan. Pengetahuan dan ilmu pemasaran Internet dan media sosial adalah amat penting di zaman IT ini sama ada untuk memulakan perniagaan, meningkatkan keuntungan perniagaan dan juga menambah nilai karier anda.
Program Intensif Perniagaan Internet dan
Strategi Media Sosial
Namun selepas 4 tahun mengendalikan program Diploma Profesional ini di 2 universiti tempatan, serta mendengar pandangan dan pendapat orang ramai, dua faktor yang dibangkitkan adalah:
- Faktor MASA
Ramai yang meminta untuk pendekkan jangkamasa kursus ini kepada masa yang lebih singkat dari 9 bulan kepada 6 bulan oleh kerana kekangan masa sebagai usahawan, kerier dan juga suri rumah.
- Faktor KOS
Kos program bersama universiti juga adalah lebih tinggi. Kami telah berjaya kurangkan yuran sebanyak lebih 50% dengan mengendalikan program ini di luar universiti.
Mulai 2015, atas permintaan ramai, sebuah program baru yang lebih pendek khusus bagi usawahan, mereka bekerja dan juga surirumah yang inginkan keputusan yang hampir sama, tetapi dalam waktu yang lebih singkat dan mesra kos.
Laman ini disediakan untuk memudahkan anda mengikuti 5 langkah bagaimana anda boleh menyertai Program 6-bulan, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial ini. Teruskan bacaan anda ke langkah 2!
Semoga kita berjumpa lagi,
-Irfan Khairi

Teruskan ke Langkah 2 untuk maklumat lanjut OpenEdu.com.my!
|