Soalan Lazim

Apakah modul yang akan dipelajari sepanjang program ini?

Modul yang akan dipelajari melalui program ini merangkumi teknik dan strategi pemasaran offline dan cara membina jenama perniagaan. Di mana di lihat zaman ini, terlalu banyak perniagaan yang bermula umpama cendawan selepas hujan dalam pelbagai industri, namun tak kurang juga mengalami kegagalan atas tekanan pesaingan yang tinggi. Adakalanya dalam masa beberapa bulan, terpaksa hentikan perniagaan.

Dengan modul pemasaran dan penjenamaan, peserta akan megetahui teknik dan strategi bukan sahaja dalam mendapat keuntungan perniagaan, tetapi juga untuk mengekalkan jangka hayat perniagaan untuk bertahun-tahun lamanya walaupun dalam keadaan pesaingan yang sengit.

Program yang mesti dihadiri untuk semua usahawan!

Bagaimanakah kaedah pembelajaran untuk Advanced Marketing & Branding Masterclass?

Kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah fleksibel khas bagi mereka yang bekerja dan menjalankan perniagaan. Enam kelas dan kuliah bersemuka diadakan sepanjang ENAM bulan pembelajaran (Sabtu atau Ahad).

Program ini menggunakan Facebook sebagai pengantara utama di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan Irfan Khairi dan pelatih / konsultan berpengalaman setiap hari melalui Facebook group khas hanya untuk pelajar dan mendapat tip-tip tambahan yang berkenaan kelas melalui Facebook setiap hari.

Di manakah kelas dan kuliah dijalankan, dan bagaimana suasana pembelajaran?

Kelas dan kuliah dijalankan di dewan Ruang@iksb di Mutiara Damansara (berhampiran Ikea & Curve) yang merupakan tempat rasmi Advanced Marketing & Branding Masterclass.

Suasana pembelajaran pula adalah terhad kepada lingkungan 50 pelajar dan bukan beratus atau beribu peserta seperti seminar-seminar yang dikelolakan oleh syarikat lain. Ini memudahkan tumpuan dan pembelajaran yang lebih baik bagi setiap pelajar.

Siapakah tenaga pengajar bagi program 6 bulan ini?

Modul Advanced Marketing & Branding Masterclass di hasilkan oleh Irfan Khairi, dan juga adalah penyampai utama modul ini kepada pelajar. Dua pelatih tambahan untuk menjayakan modul ini adalah mantan personaliti TV3, Nizal Mohammad dan pengacara TV1, Hisham Salleh untuk mengendalikan modul berkenaan dengan komunikasi dan penyiaran.

Siapakah sasaran terbaik untuk program ini?

Program ini terbuka kepada pelajar, mereka yang sedang bekerja atau tidak, usahawan, dan sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang perniagaan atau ingin membina jenama perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Apakah had umur untuk program ini?

Tiada had umur maksimum untuk menyertai program ini tetapi had umur minimum adalah 18 tahun.

Berapa lamakah program ini akan berlangsung?

Program ini berlangsung selama 6 bulan meliputi 6 modul pengiklanan dan penjenamaan daripada asas, hingga ke yang lebih maju (advance). Modul-modul tersebut dihasilkan oleh Irfan Khairi, bagi memastikan ilmu yang disampaikan adalah lengkap dan praktikal untuk digunakan dalam karier ataupun perniagaan anda.

Apakah bahasa pengantar program ini?

Program ini akan menggunakan dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris sebagai bahasa pengantar berdasarkan permintaan. Bahasa pengantar utama adalah Bahasa Malaysia.

Bagaimana dan dimanakah kelas akan dijalankan?

Kelas kuliah dijalankan  di training center @Ruang, Mutiara Damansara (berhampiran Curve/Ikea). Ia akan mengambil masa selama separuh hari (2.30 petang hingga 5.30 petang).

Jika tidak dapat menghadiri salah satu daripada kelas, apakah yang boleh dilakukan?

Jika tidak dapat menghadiri kelas yang akan diadakan selama satu hari (2.30 petang hingga 5.30 petang) tersebut, pelajar boleh mengikutinya dalam bentuk kelas online yang akan disediakan secara atas talian. Penjelasan langkah demi langkah juga disediakan untuk setiap sesi praktikal yang boleh diikuti dari keselesaan rumah. Ini adalah antara objektif dan manfaat mengambil program yang menggunakan konsep e-learning.

Berapakah yuran untuk program ini?

Yuran program 6 bulan ini sempena pelancaran adalah RM 2,900 + 6%GST (RM174) = RM3,074. Harga sebenar akan dinaikkan ke RM3,500+GST pada masa yang akan datang.

Bagaimanakah cara pembayaran yuran?

Cara pembayaran yuran adalah dengan menggunakan kad kredit ataupun tunai/cek secara penuh. Pembayaran penuh ketika pendaftaran akan mendapat 10% diskaun. Selepas diskaun, bayaran penuh adalah RM 2,610 + 6%GST (RM156.60) = RM2766.60

Adakah disediakan kemudahan bayaran ansuran?

Ya. Bayaran secara ansuran juga dibolehkan mengikut jadual di bawah:

   
6% GST
Jumlah perlu dibayar termasuk GST
Pendaftaran
(Sebelum kelas pertama)
RM 1,000 6% GST (RM60)
RM1,060
Sebelum kelas kedua RM 1,000 6% GST (RM60)
RM1,060
Sebelum kelas ketiga RM 900 6% GST (RM54)
RM954
Jumlah RM 2,900 6% GST (RM174)
RM3,074

Bilakah pengambilan seterusnya akan dibuka dan kelas bermula?

Program ini kini sedang membuka pendaftaran untuk tahun 2015. Kelas pertama akan bermula pada 23hb OGOS 2015 (Hari AHAD).

OK! Saya bersedia untuk daftar pengambilan terdekat. Apakah langkah yang perlu saya ambil?

Langkah pertama, anda perlu melakukan pendaftaran dengan mengisi borang pendaftaran di sini.

Anda kemudian boleh lakukan pilihan sama ada ingin melakukan bayaran menggunakan tunai sepenuhnya, bayaran kad kredit atau secara ansuran

  1. Untuk bayaran tunai melalui bank-in/online banking atau ATM, jumlah keseluruhan adalah RM2,900 RM 2,610 + 6%GST (RM156.60) = RM2,766.60

  2. Untuk bayaran kad kredit menggunakan VISA atau MasterCard, bayaran penuh RM2,900 RM 2,610 + 6%GST (RM156.60) = RM2,766.60 perlu dibuat.

  3. Untuk bayaran ansuran, yuran pendaftaran RM1,060 (termasuk GST) dikenakan. Sila rujuk jadual pembayaran ansuran di atas. Jumlah keseluruhan adalah RM3,074 (termasuk GST)

Masih punyai soalan yang tidak terjawab?

Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tidak terjawab, hubungi kami melalui telefon 03-77292277bercakap dengan En Naz, atau email ke info@openUni.com.my atau datang ke pejabat kami IKSB HQ di Mutiara Damansara. Hubungi kami untuk sebarang temujanji.


Ingin menyertai? Terus ke langkah 4
untuk mengisi borang pendaftaran





HakCipta terpelihara 2011-2015 Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh
di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik.