MODUL 1: JENAMAKAN PERNIAGAAN ANDA! | BRAND YOUR BUSINESS!
Speaker: IRFAN KHAIRI
Modul pertama PENJENAMAAN akan memberi asas penjenamaan kepada peserta. Penjenamaan adalah antara elemen pemasaran yang amat penting. Langkah pertama dalam pemasaran adalah untuk mengenalpasti jenama perniagaan yang ingin dibawa. Jenama bukan sekadar mencipta logo, slogan, warna dan pembungkusan produk atau perkhidmatan, malahan ianya lebih daripada itu untuk memberi persepsi yang hebat kepada prospek dan pelanggan anda.

Kebanyakan perniagaan di Malaysia tidak berjaya mencapai tahap yang lebih tinggi oleh kerana tidak mementingkan penjenamaan. Dengan melengkapkan diri dengan ilmu penjenamaan, usahawan akan lebih bersedia dalam menjenamakan perniagaan mereka menjadi perniagaan yang lebih dikenali pelanggan.

Melalui modul ini, peserta akan memahami langkah-langkah utama dalam membina jenama perniagaan yang berjaya di Malaysia dan juga bersedia untuk menembusi pasaran antarabangsa.


MODUL 2: DARI KAD BISNES KE BROSUR KE BILLBOARD | FROM BUSINESS CARDS TO BROCHURES
TO BILLBOARDS

Speaker: IRFAN KHAIRI

Tiba masanya untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada mata orang ramai. Ketahui teknik dan strategi dalam menghasilkan bahan-bahan promosi yang efektif untuk memberi impak yang terbaik untuk perniagaan anda.

Modul ini akan kongsikan teknik dan kaedah promosi perniagaan menggunakan bahan-bahan promosi seperti kad bisnes, brochure, poster, dan sebagainya dengan lebih efektif untuk menambahkan lagi prospek untuk perniagaan anda. Bahan promosi akan memberi tanggapan pertama kepada prospek anda. Jadikan tanggapan pertama itu diingat selama-lamanya.


MODUL 3: KOMUNIKASI DENGAN EFEKTIF | EFFECTIVE COMMUNICATION
Speaker: NIZAL MOHAMMAD. Personaliti TV.
Modul komunikasi dengan yakin menampilkan guest speaker, seorang personaliti TV untuk memberi coaching terbaik kepada peserta dari segi penampilan dan komunikasi. Kepentingan mempunyai skil komunikasi memang tidak dapat dinafikan lagi dalam bidang perniagaan di mana perlu berkomunikasi bukan sahaja dengan pelanggan-pelanggan, tetapi juga dalam meluaskan lagi jaringan perniagaan anda.

Komunikasi efektif bukan hanya sekadar cara bercakap dan bertutur, tetapi juga keterampilan anda untuk memberi imej perniagaan anda yang lebih hebat. Modul ini akan disampaikan oleh personaliti TV tidak asing lagi, Nizal Mohammad, mantan pengacara TV3.


 

MODUL 4: BERSEDIA UNTUK MEDIA! |
BE READY FOR MEDIA!

Speaker: HISHAM SALLEH. Personaliti TV.
Pelajari kaedah untuk memasuki media majalah, akhbar, radio dan TV secara percuma. Ketahui selok belok untuk mendapat publisiti melalui media massa tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. Memang tidak dapat dinafikan bahawa media merupakan platform yang amat hebat untuk memberi publisiti. Namun, ramai yang tidak tahu teknik dan strategi bagaimana hendak mendapat publisiti media secara percuma untuk membina jenama perniagaan anda.

Modul ini akan kongsikan rahsia cara mendapat publisiti melalui media secara percuma.


MODUL 5: PENGIKLANAN MEDIA MASSA |
MASS MEDIA ADVERTISING

Speaker: IRFAN KHAIRI
Modul ini akan kongsikan kaedah dan teknik pengiklanan media massa atau pun juga dikenali sebagai ‘Above The Line Advertising’. Sememangnya kaedah pengiklanan media masa memakan belanja yang besar, namun dalam modul ini, akan mendedahkan kaedah pengiklanan media masa yang paling menjimatkan dan kos efektif, di samping dapat memberi pulangan atas pelaburan yang terbaik.

Bilakah masa terbaik untuk membuat iklan? Iklan bagaimana yang paling efektif? Apakah caranya untuk mendapatkan pengiklanan media massa dengan murah? Dan banyak lagi akan terjawab dalam modul ini.


MODUL 6: MENJADI PAKAR INDUSTRI |
BE AN INDUSTRY EXPERT

Speaker: IRFAN KHAIRI
Tahukah anda bahawa menjadi pakar dalam industri anda akan melipat kali gandakan jualan perniagaan anda? Lihat sahaja ikon-ikon yang merupakan pakar industri masing-masing. Dalam apa sahaja industri, pastinya ada ruang untuk menjadi ikon dalam industri tersebut.

Dalam modul ini, anda akan didedahkan cara membina jenama diri sendiri untuk menjadi ikon dalam bidang anda. Bukan itu sahaja, modul ini juga akan kongsikan cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan melalui mengajar kepakaran anda kepada mereka yang berminat melalui kelas atau seminar.


Teruskan ke Langkah 3 untuk Soalan Lazim
Advanced Marketing & Branding Masterclass!







HakCipta terpelihara 2011-2015 Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh
di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik
.