Klik PLAY pada video di bawah untuk ketahui bagaimana anda juga boleh memulakan perniagaan Internet dari rumah sempena 2017!

 

Selepas menonton video di atas, baca selanjutnya untuk mendapat pemberian percuma bernilai lebih RM3,409.90...


Open Education

Open Education ditubuhkan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), syarikat #1 Malaysia dalam pendidikan perniagaan Internet, dalam usaha mendidik dan membuka peluang pembelajaran khas bagi golongan dewasa dan bekerjaya yang inginkan pembelajaran lanjutan terutamanya dalam bidang keusahawanan Internet.

Berpengalaman dalam pendidikan dan pembelajaran dewasa sejak 2005 lagi, dan usahasama bersama beberapa universiti tempatan seperti Asia eUniversity dan Open University Malaysia - IPD, telah melahirkan beribu graduan profesional dibawah Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, sebuah program profesional 9-bulan.

Kaedah pembelajaran yang fleksibel secara bersemuka pada hujung minggu di pusat latihan di Mutiara Damansara, dan juga secara online memudahkan golongan bekerja atau usahawan mendapat ilmu yang boleh diaplikasikan pada perniagaan dalam menambahkan nilai diri dan perniagaan.

Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial

Mulai November 2014, sebagai tambahan kepada program 9-bulan Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, sebuah program intensif 6-bulan telah mula dibuka untuk pendaftaran. Program yang lebih pendek dan mesra kos untuk memenuhi permintaan semasa.

Menarik tentang Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial:

  1. Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi sebagai pensyarah!
  2. Program 6 bulan- mendalami teknik, strategi dan tips memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet
  3. Bermula dengan teknik asas khas bagi mereka yang masih lagi baru dengan perniagaan Internet, sehingga teknik yang lebih maju/advance bagi mereka yang sedang menjalankan perniagaan Internet
  4. Program separuh masa- kelas bersemuka sebulan satu kali sahaja, dan selebihnya melalui online dari rumah.
  5. Lebih 170 tip dan teknik perniagaan Internet selama program dijalankan.
  6. Tempat terhad & eksklusif - setiap kelas terhad kepada 50 peserta sahaja dan bukan beratus atau beribu peserta untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih baik dan tertumpu.
  7. Business based assignment- tugasan adalah berdasarkan perniagaan anda jalankan. Sekiranya anda belum memulakan perniagaan, program ini akan membantu anda memulakan perniagaan Internet anda yang pertama
  8. Sokongan dan coaching selama 9 bulan- bersama Irfan Khairi Sdn Bhd membantu perniagaan anda berkembang di Internet.
  9. Bersama rakan-rakan baru sekelas yang mempunyai matlamat yang sama dalam menjayakan perniagaan masing-masing turut membantu!
  10. Pengambilan/kelas bermula 1 APRIL, 2017 - *pengambilan BARU* TEMPAT TERHAD!

Hanya 2 1 tempat tinggal!



Soalan Lazim

Apakah modul yang akan dipelajari sepanjang program ini?

Berbeza dengan program atau seminar perniagaan Internet yang lain yang hanya menumpukan pada satu jenis teknik atau strategi, program 6-9 bulan ini merangkumi pelbagai teknik dan strategi perniagaan Internet dalam 9 modul yang disediakan khas oleh pakar perniagaan Internet #1 Irfan Khairi.

Program-program Irfan Khairi telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia sejak 2005 hingga kini!

Program ini terbahagi kepada 9 modul Pemasaran Internet dan Media Sosial. Antara modul yang akan dipelajari adalah asas perniagaan Internet, teknik pemasaran blog untuk perniagaan, pemasaran Facebook dan media sosial, pengoptimaan enjin pencari, pengiklanan Internet, pembinaan laman web perniagaan dan banyak lagi...

MODUL MAKLUMAT
MODUL 1
Asas Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial
(Kelas bersemuka)

Modul yang berkongsikan asas perniagaan Internet supaya peserta dapat memahami cara membina perniagaan Internet dengan cara yang betul.

Modul ini juga akan turut membantu peserta mencari idea-idea perniagaan berdasarkan minat dan permintaan untuk dijadikan "Business Based Assignment" sepanjang pengajian. Asas penjenamaan juga akan dibincangkan supaya perniagaan yang dimulakan dapat meminimakan pesaing dalam memudahkan lagi perjalanan perniagaan anda!

Dalam modul ini, peserta akan diberi bantuan dan bimbingan kepada persoalan, perniagaan apa yang terbaik untuk mereka mulakan?

MODUL 2
Laman Web Yang Menjual
(Kelas bersemuka)

Peserta akan mendalami teknik dan strategi menghasilkan laman web yang boleh mengubahkan prospek menjadi pembeli. Psikologi cara orang membeli di atas talian akan dipelajari supaya memudahkan peserta memahami apa yang membuatkan pelawat ingin dan mahu membeli produk atau perkhidmatan anda.

Elemen-elemen seperti susunan ayat, penggunaan gambar, dan perkataan-perkataan menarik emosi pelawat juga akan dikongsikan untuk memaksimakan pembeli di laman web anda dengan cara meningkatkan keyakinan pelawat membeli dari anda.

Dalam modul ini juga, peserta akan diajar cara membina laman web sendiri cara mudah untuk perniagaan yang dipilih. Dengan mengetahui cara membina laman web sendiri, peserta dapat menjimatkan beribu ringgit dengan tidak perlu lagi mengupah pereka laman web.

MODUL 3
Pengiklanan Efektif di Internet
(Kelas bersemuka)

Antara sebab kegagalan perniagaan Internet adalah usahawan menggunakan teknik pengiklanan yang tidak efektif. Dalam modul ini, peserta akan didedahkan teknik-teknik pengiklanan yang efektif di Internet, serta cara meminimakan kos pengiklanan anda.

Terdapat teknik pengiklanan percuma dan juga berbayar. Peserta akan ketahui teknik-teknik utama yang paling efektif dalam mendapatkan lebih banyak trafik dan pelawat ke laman web anda. Lebih ramai pelawat, maka lebih mudah untuk anda mendapat jualan setiap hari di Internet.

MODUL 4
Blog untuk Perniagaan dan SEO
(Kelas bersemuka)

 

 

 

 

 

Modul penting ini akan mendedahkan teknik SEO atau Search Engine Optimization, yang bererti, cara membawa laman web anda ke hadapan enjin pencari seperti GOOGLE- secara percuma.

Dengan mengetahui teknik dan strategi SEO, ia dapat membantu memaksimakan tatapan laman web perniagaan anda di hadapan beratus atau beribu-ribu pelawat melalui enjin pencari Google- promosi percuma kepada anda!

Rata-rata, apabila pengguna Internet ingin mencari sesuatu, enjin pencari seperti Google merupakan tempat utama untuk lakukan carian. Bayangkan sekiranya prospek mencari sesuatu yang anda jual, dan terjumpa laman web anda setiap kali sesiapa sahaja mencari mengenai industri anda. Pastinya, memberi pulangan berkali-kali ganda tanpa sebarang kos kepada anda.

MODUL 5
YouTube dan Pemasaran Video
(Kelas bersemuka)

Pemasaran video adalah pemasaran media baru yang semakin popular. Oleh kerana pengguna Internet lebih ramai yang merupakan visual learners (pelajar visual) kaedah pemasaran menggunakan video adalah kaedah yang amat efektif dan ramai masih belum terokai.

Video dapat mengubahkan lebih ramai prospek menjadi pembeli berbanding dengan kaedah lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan teknik dan strategi pemasaran video dalam perniagaan anda.

Modul ini akan menunjukkan kepada anda bukan sahaja teori, tetapi juga praktikal bagaimana anda boleh menggunakan video dalam melipat kali gandakan keuntungan perniagaan anda.

MODUL 6
Facebook dan Pemasaran Media Sosial
(Kelas bersemuka)

 

 

 

Tidak dinafikan lagi media sosial adalah media yang penting hari ini. Oleh kerana ramainya pengguna media sosial di Malaysia dan serata dunia, media sosial merupakan platform perniaagaan yang tidak boleh diabaikan.

Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dengan salah dalam perniagaan. Akibatnya, kurangnya followers, kurangnya reach, dan tidak ramai yang like atau share produk dan perkhidmatan yang anda promosikan di Facebook!

Modul ini akan menunjukkan strategi dan teknik terkini Facebook bagaimana anda boleh menggunakan Facebook dalam membina jenama perniagaan anda dan mendapat pelanggan berulang kali dengan hanya menggunakan platform media sosial percuma ini.

MODUL 7
Pemasaran Affiliate
(Kelas online)

 

 

 

Modul bonus ini akan kongsikan teknik memulakan perniagaan tanpa sebarang modal dan bagaimana hendak menjalankan perniagaan dengan pantas tanpa sebarang stok.

Namun bukan itu sahaja, konsep pemasaran affiliate juga dapat membantu perniagaan anda tidak kira menjual produk atau perkhidmatan dalam menjana ajen-ajen yang inginkan produk dan perkhidmatan untuk dijual. Maka, anda boleh mendapat ramai jurujual yang mempromosikan perniagaan anda!

Bagaikan serampang dua mata, modul ini dapat memberi idea tambahan kepada anda dalam memulakan perniagaan baru, dalam waktu yang sama, anda sendiri boleh membina rangkaian ajen melalui sistem affiliate anda sendiri.

MODUL 7
Pemasaran Email dan Komunikasi
(Kelas online)

Email merupakan medium utama komunikasi melalui Internet. Dalam pemasaran Internet, membina senarai email atau databes prospek dan pelanggan adalah amat penting.

Senarai email prospek merupakan aset dalam perniagaan Internet di mana, dengan mempunyai senarai prospek tersendiri memberi kemudahan kepada perniagaan untuk menghubungi prospek secara terus dalam promosi pada bila-bila masa sahaja. Namun, untuk menjadikannya efektif, teknik dan kaedahnya perlu betul!

Modul ini membantu peserta dalam mengetahui teknik dan strategi membina senarai databes prospek tersendiri yang bersedia untuk membeli daripada anda.

MODUL 9
Analisa Perniagaan Internet
(Kelas online)

Modul analisa perniagaan Internet akan membantu anda dalam menganalisa pencapaian perniagaan Internet anda. Berbekalkan modul terakhir ini, peserta akan dilengkapkan dengan blueprint atau pelan tindakan apa yang anda perlu lakukan dan bagaimana anda boleh perbaiki perniagaan Internet anda pada bulan, atau tahun-tahun yang akan datang.

Dengan kebolehan menganalisa laman web sendiri, sebarang pembaikan perniagaan Internet dapat dilakukan dengan sempurna untuk keuntungan perniagaan jangka masa panjang!


Siapakah Irfan Khairi dan apakah latar belakangnya?

Irfan Khairi, pengasas OpenEducation di bawah Irfan Khairi Sdn Bhd telah menempa nama di Malaysia dan dikenali sebagai "jutawan Internet" oleh pihak media bermula 2005. Seorang speaker profesional, penulis dan juga personaliti TV dan radio, Irfan Khairi telah melahirkan beribu-ribu usahawan Internet yang berjaya di Malaysia dan juga luar negara melalui program-program yang dikendalikannya. Bermula 2016, Irfan Khairi juga telah menubuhkan IK Institute of Business di Dubai, UAE untuk mengembangkan sayap perniagaannya mencapai negara-negara Islam seluruh dunia.

Bagaimanakah kaedah pembelajaran untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial?

Kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah fleksibel khas bagi mereka yang bekerja dan menjalankan perniagaan. Enam kelas dan kuliah bersemuka diadakan sepanjang ENAM bulan pembelajaran (Sabtu atau Ahad) dan 3 kelas dikendalikan secara online dari keselesaan rumah anda.

Selain daripada itu, pembelajaran dilakukan secara atas talian selama melalui web seminar, video, guide langkah-demi-langkah dan soal jawab mengikut kesesuaian masa peserta. Program ini menggunakan Facebook sebagai pengantara utama di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan Irfan Khairi dan pelatih / konsultan berpengalaman setiap hari melalui Facebook group khas hanya untuk pelajar.

Perjumpaan bersemuka juga diadakan untuk bantuan setiap pelajar pada waktu-waktu tertentu mengikut kesesuaian pelajar.

Di manakah kelas dan kuliah dijalankan, dan bagaimana suasana pembelajaran?

Kelas dan kuliah dijalankan di dewan Ruang@iksb di Mutiara Damansara (berhampiran Ikea & Curve) yang merupakan tempat rasmi Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Suasana pembelajaran pula adalah terhad kepada lingkungan 50 pelajar dan bukan beratus atau beribu peserta seperti seminar-seminar yang dikelolakan oleh syarikat lain. Ini memudahkan tumpuan dan pembelajaran yang lebih baik bagi setiap pelajar. Tempat letak kereta adalah percuma dan mudah.

Sesi praktikal dan hands-on pula, pelajar akan dibantu oleh beberapa pelatih-pelatih bertauliah IKSB. Pelajar diminta untuk membawa laptop sendiri untuk memudahkan pembelajaran dan pengembangan perniagaan masing-masing.

Siapakah tenaga pengajar bagi program ini?

Modul Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di hasilkan oleh Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet #1 Malaysia. Beliau juga adalah penyampai utama modul ini kepada pelajar bersama kumpulan pelatih yang berpengalaman. Kebanyakan sesi kuliah akan dikendalikan oleh Irfan Khairi sendiri, manakala sesi praktikal akan dikendalikan oleh pelatih-pelatih berpengalaman Irfan Khairi Sdn Bhd.

Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah dalam mengembangkan perniagaan saya di Internet, apakah bantuan yang akan saya dapat selain kelas dan sesi online yang dilakukan?

Peserta boleh mendapat training dan konsultansi tambahan percuma bersama pelatih berpengalaman Irfan Khairi Sdn Bhd setiap minggu secara bersemuka di training center @Ruang, Irfan Khairi Sdn Bhd. Training dan konsultansi tambahan boleh dilakukan berseorang bersama trainer atau secara berkumpulan. Tiada kos tambahan dikenakan.

Siapakah terbaik untuk menyertai program ini?

Program ini terbuka kepada pelajar, suri rumah, mereka yang sedang bekerja atau tidak, usahawan, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan pemasaran Internet & media sosial (tiada had umur). Oleh kerana program ini fleksibel dan berformat pendidikan elektronik, ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda.

Berapa lamakah program ini akan berlangsung?

Program ini berlangsung selama 9 bulan meliputi 9 modul pemasaran Internet dan media sosial daripada asas, hingga ke yang lebih maju (advance). Modul-modul tersebut dihasilkan oleh pakar perniagaan Internet #1 Malaysia; Irfan Khairi, bagi memastikan ilmu yang disampaikan adalah lengkap dan praktikal untuk digunakan dalam karier ataupun perniagaan anda.

Bagaimana dan dimanakah kelas akan dijalankan?

Kelas kuliah dijalankan  di training center @Ruang, Mutiara Damansara (berhampiran Curve/Ikea). Ia akan mengambil masa selama satu hari (9.30 pagi hingga 5.30 petang). Di waktu-waktu lain, pelajar juga akan mengikuti modul dan berbincang bersama pelatih bertauliah secara atas talian dan juga online.

Berapakah yuran untuk program ini?

Yuran program 6 bulan ini sempena pelancaran adalah RM 3,400 + 6%GST (RM204) = RM3,604. Harga sebenar akan dinaikkan ke RM3,800+GST pada masa yang akan datang.

Bagaimanakah cara pembayaran yuran?

Cara pembayaran yuran adalah dengan menggunakan kad kredit ataupun tunai/cek secara penuh. Pembayaran penuh ketika pendaftaran akan mendapat 10% diskaun. Selepas diskaun, bayaran penuh adalah RM 3,060 + 6%GST (RM183.60) = RM3,243.60

Adakah disediakan kemudahan bayaran ansuran?

Ya. Bayaran secara ansuran juga dibolehkan mengikut jadual di bawah:

   
6% GST
Jumlah perlu dibayar termasuk GST
Pendaftaran
(Sebelum kelas pertama)
RM 1,000 6% GST (RM60)
RM1,060
Sebelum kelas kedua RM 1,200 6% GST (RM72)
RM1,272
Sebelum kelas ketiga RM 1,200 6% GST (RM72)
RM1,272
Jumlah RM 3,400 6% GST (RM204)
RM3,604

Bilakah pengambilan seterusnya akan dibuka dan kelas bermula?

Program ini kini sedang membuka pendaftaran untuk tahun 2017. Kelas pertama akan bermula pada 1 APRIL 2017.

OK! Saya bersedia untuk daftar pengambilan terdekat. Apakah langkah yang perlu saya ambil?

Langkah pertama, anda perlu melakukan pendaftaran dengan mengisi borang pendaftaran di sini.

Anda kemudian boleh lakukan pilihan sama ada ingin melakukan bayaran menggunakan tunai sepenuhnya, bayaran kad kredit atau secara ansuran

  1. Untuk bayaran tunai melalui bank-in/online banking atau ATM, jumlah keseluruhan adalah RM3,400 RM 3,060 + 6%GST (RM183.60) = RM3,243.60

  2. Untuk bayaran kad kredit menggunakan VISA atau MasterCard, bayaran penuh RM3,400 RM 3,060 + 6%GST (RM183.60) = RM3,243.60 perlu dibuat.

  3. Untuk bayaran ansuran, yuran pendaftaran RM1,060 (termasuk GST) dikenakan. Sila rujuk jadual pembayaran ansuran di atas. Jumlah keseluruhan adalah RM3,604 (termasuk GST)

Bolehkah kelas ini dilakukan secara 100% online tanpa menghadiri kelas bersemuka kerana saya tinggal jauh dari Kuala Lumpur dan sukar menghadiri kelas bersemuka?

Boleh. Kami juga menyediakan program ini versi 100% online khas untuk mereka yang sukar untuk datang ke Kuala Lumpur. Klik di sini untuk maklumat. (tingkap baru akan dibuka)


BONUS PERCUMA bernilai RM3,409.90 TERHAD untuk pendaftaran hari ini sahaja!

Lakukan pendaftaran hari ini, untuk mendapat pemberian percuma kesemua produk digital Irfan Khairi sejak 2005! Kesemua produk ini akan diberikan kepada anda apabila anda menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.


Ingin menyertai? klik di sini untuk
mengisi borang pendaftaran

PEMBERIAN BONUS TERHAD BERNILAI RM3,409.90

Daftar hari ini untuk memastikan anda layak mendapatkan produk-produk ini. Antara produk-produk digital Irfan Khairi yang anda akan terima:

Facebook Masterclass bersama IK (Produk baru 2016)
Pemasaran Facebook dapat membina perniagaan anda, menjayakan pelancaran produk anda, membina senarai prospek yang ternanti-nanti produk anda dan lebih penting lagi, menghasilkan jualan kepada perniagaan anda berkali-kali ganda! Siri video Facebook Masterclass akan membantu anda mencapainya!
Harga: RM600

Jutawan Internet 2.0 - 12 DVD
Pakej lengkap belajar dari rumah 18 DVD dan blue-print 149 Rahsia Perniagaan Internet didedahkan! Pelajari 149 Teknik dan Strategi Menjalankan dan Memaksimakan Keuntungan Perniagaan ANDA melalui Internet
Harga: RM890
Irfan Khairi LIVE - 6 DVD
Rakaman 6 sesi seminar Irfan Khairi dalam bentuk DVD untuk manfaat perniagaan anda. Tajuk seminar termasuk, Perniagaan Terhangat, Perniagaan Internet Tanpa Modal, Laman yang Menjual, Rahsia Usahawan Ebook, Bina Jenama Perniagaan dan Mengekalkan Kesetiaan Pelanggan.
Harga: RM300
Trend Pemasaran Internet 2015 - Video
Program seminar "Trend Pemasaran Internet 2015" hanya dijalankan sekali sahaja. Di seminar 3 jam ini, Irfan Khairi telah kongsikan trend terbaru di Internet, strategi dan teknik yang dirinya sendiri, dan juga klien tempatan serta luar negara gunakan untuk sentiasa berada di hadapan pesaing-pesaing bermula 2015.
Harga seminar: RM300
Cara Mendapat Jualan Dalam Masa 24 Jam Tanpa Sebarang Kos - Webinar
Webinar mendedahkan teknik khusus untuk mereka yang baru memulakan perniagaan dan ingin mendapatkan jualan pertama terpantas tanpa sebarang kos.
Harga: RM50
EBook Mentor Jutawan
Anda tercari-cari jawapan kepada "Bagaimana hendak jadi kaya?". Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi bersama ikon & mentor jutawan Malaysia- mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Harga: RM40
Laporan X: Bagaimana Cara Memusnahkan Pesaing Anda
Strategi yang didedahkan menunjukkan cara terbukti bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menjadi pilihan utama kepada pelanggan.
Harga: RM20
Laporan X: Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri
Laporan ini menjelaskan mengenai program affiliate dan juga mendedahkan kesilapan-kesilapan yang memusnahkan peluang menjadi ahli affiliate yang hebat.
Harga: RM20
Laporan X: Demi Masa. Strategi Menjimatkan 80% dari Masa Anda
Mendedahkan strategi pengurusan masa untuk mencapai matlamat anda dalam masa yang lebih singkat! Secara purata, seseorang mengambil masa 33 tahun untuk menjadi jutawan. Bagaimana IK boleh lakukan dalam masa 3 tahun?
Harga: RM20
Wang & Anda: Bicara Wang Cara Santai - Audio MP3
Rakaman audio CD pertama Irfan Khairi terbitan Telaga Biru Sdn Bhd kongsikan perihal wang, mindset dan strategi kewangan untuk mencapai bebas kewangan.
Harga: RM19.90
Rakaman SEMINAR PERNIAGAAN POPULAR (3 Jam) oleh Irfan Khairi yang akan membantu perniagaan anda mendapat promosi dan publisiti PERCUMA secara online dan offline melalui TV, akhbar, majalah dan radio tanpa sebarang kos!
Harga seminar: RM900
Formula L+F+R. Kini tiba masanya anda juga melengkapkan diri anda dengan 3 teknik dan strategi perniagaan Internet terkini dalam menghadapi 2017 yang sememangnya semakin mencabar untuk rata-rata jenis perniagaan di Malaysia!
Harga: RM250 (BARU)

 

Lakukan pendaftaran hari ini, untuk mendapat pemberian percuma kesemua produk digital Irfan Khairi sejak 2005! Kesemua produk ini akan diberikan kepada anda apabila anda menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Pemberian ini akan dihentikan pada bila-bila masa sahaja!

Sebagai rumusan...

Menarik tentang Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial:

  1. Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi sebagai pensyarah!
  2. Program 6 bulan- mendalami teknik, strategi dan tips memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet
  3. Bermula dengan teknik asas khas bagi mereka yang masih lagi baru dengan perniagaan Internet, sehingga teknik yang lebih maju/advance bagi mereka yang sedang menjalankan perniagaan Internet
  4. Program separuh masa- kelas bersemuka sebulan satu kali sahaja, dan selebihnya melalui online dari rumah.
  5. Lebih 170 tip dan teknik perniagaan Internet selama program dijalankan.
  6. Tempat terhad & eksklusif - setiap kelas terhad kepada 50 peserta sahaja dan bukan beratus atau beribu peserta untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih baik dan tertumpu.
  7. Business based assignment- tugasan adalah berdasarkan perniagaan anda jalankan. Sekiranya anda belum memulakan perniagaan, program ini akan membantu anda memulakan perniagaan Internet anda yang pertama
  8. Sokongan dan coaching selama 9 bulan- bersama Irfan Khairi Sdn Bhd membantu perniagaan anda berkembang di Internet.
  9. Bersama rakan-rakan baru sekelas yang mempunyai matlamat yang sama dalam menjayakan perniagaan masing-masing turut membantu!
  10. Pembertian PERCUMA bernilai RM3,409.90 pendaftaran hari ini!
  11. Pengambilan/kelas bermula 29 APRIL, 2017 - *pengambilan BARU* TEMPAT TERHAD!

Hanya 16 15 tempat tinggal!


Ingin menyertai? klik di sini untuk
mengisi borang pendaftaran


Masih punyai soalan yang tidak terjawab?

Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tidak terjawab, hubungi kami melalui telefon 03-77292277, email ke info@rahsiainternet.com atau datang ke pejabat kami IKSB HQ di Mutiara Damansara. Hubungi kami untuk sebarang temujanji.

 

 







HakCipta terpelihara 2011-2015 Irfan Khairi Sdn Bhd. TERMA DAN SYARAT Segala yang terkandung di dalam laman web
ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. HUBUNGI KAMI