Klik pada play di bawah dan tonton video "Ini Razzi" sebelum meneruskan bacaan...

"Pendapatan perniagaan saya dan suami mencecah RM30,000 sebulan sejak menyertai Diploma Eksekutif Pemasaran Internet dan Media Sosial" ~Roslinda Yaa'cob, pelajar

" Melalui bimbingan dari IK n team dan sekarang hasilnya sepanjang bergelar ushawan internet saya telahpun berjaya membuat jualan sebanyak sejuta ringgit setakat ini, thanks IK kerana telah membuka minda saya terhadap dunia online." ~Zainal Effendy, pelajar

"Keuntungan perniagaan saya lebih berganda dua dalam masa 2 bulan sahaja" ~Jennifer Jasni, pelajar

Menarik tentang Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial:

  1. Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi sebagai pensyarah!

  2. Program 6 bulan- mendalami teknik, strategi dan tips memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet

  3. Bermula dengan teknik asas khas bagi mereka yang masih lagi baru dengan perniagaan Internet, sehingga teknik yang lebih maju/advance bagi mereka yang sedang menjalankan perniagaan Internet

  4. Program separuh masa- kelas bersemuka sebulan satu kali sahaja, dan selebihnya melalui online dari rumah.

  5. Lebih 170 tip dan teknik perniagaan Internet selama program dijalankan.

  6. Tempat terhad & eksklusif - setiap kelas terhad kepada 50 peserta sahaja dan bukan beratus atau beribu peserta untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih baik dan tertumpu.

  7. Business based assignment- tugasan adalah berdasarkan perniagaan anda jalankan. Sekiranya anda belum memulakan perniagaan, program ini akan membantu anda memulakan perniagaan Internet anda yang pertama melalui modul pertama untuk mencari perniagaan terbaik untuk anda.

  8. Sokongan dan coaching selama 9 bulan- bersama Irfan Khairi Sdn Bhd membantu perniagaan anda berkembang di Internet.

  9. Bersama rakan-rakan baru sekelas yang mempunyai matlamat yang sama dalam menjayakan perniagaan masing-masing turut membantu!

  10. Pengambilan/kelas bermula 28hb FEBRUARI, 2016 - *pengambilan BARU* TEMPAT TERHAD!

Hanya 26 24 tempat tinggal!

"Sebelum menyertai, saya tidak mempunyai idea perniagaan dan pengalaman perniagaan. Bermula dari zero business idea, kini saya telah membuka My Ideal Weight Centre!" ~Nurul Ashikin, pelajar

"Dari tenaga pengajar yang penuh dedikasi, komited serta supportive, kuliah yg sistematik & efektif dan silibus yg berinfomasi. Ianya teramat membantu utk kita yang ingin menceburi dan mendalami ilmu perniagaan internet." ~Hakim Muhammad, pelajar

"People don't seek information from advertisements from the papers and the television anymore. We all seek knowledge and information online. I chose to learn, I chose to increase my knowledge in this new form of marketing and I chose to be a unique medical doctor." ~Dr Diana Zaireen, pelajar

Kata-kata Aluan Irfan Khairi

Koordinator / Pensyarah

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saya mula mendapat pendedahan Internet secara formal sejak tahun 1998 di Staffordshire University, United Kingdom di dalam jurusan Multimedia tajaan JPA. Alhamdulillah, pencapaian saya sebagai pelajar multimedia boleh dikatakan membanggakan sehinggakan sebuah syarikat di UK mengambil saya sebagai konsultan sebelum saya menjalankan perniagaan melalui Internet.

Bekerja sebagai konsultan kepada sebuah syarikat di Birmingham, saya mula menjinak-jinak dalam perniagaan Internet dan memulakan perniagaan Internet saya yang pertama.

Namun, walaupun sebagai seorang pelajar tajaan JPA dan mendapat keputusan yang baik ketika di universiti, serta mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat IT terbesar di UK ketika itu, perniagaan Internet saya gagal.

Sepanjang setahun, saya berusaha, tetapi, mengalami kegagalan…

Ketika itu baru saya ketahui bahawa apa yang saya belajar di universiti adalah teori dan bukannya praktikal yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Apa yang saya belajar dan ketahui di universiti adalah berbeza dengan apa yang di alami di dunia perniagaan sebenar.

Sejak itu, saya mula menghadiri seminar, workshop, membaca buku dan juga belajar dari mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan untuk mengetahui selok belok, dan ‘rahsia’ berjaya dalam perniagaan.

Asia eUniversity & Open University Malaysia dan program Diploma Profesional 9-bulan

Saya mendapat tawaran dari Asia eUniversity pada tahun 2010 dan Open University Malaysia pada tahun 2013 untuk menghasilkan sebuah modul khas untuk masyarakat Malaysia tentang perniagaan Internet di dua buah University berkenaan.

Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang pendidikan keusahawanan, saya menerima tawaran tersebut dan menghasilkan modul 9 bulan Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Saya amat teruja atas kerjasama sejak 2010 dengan Asia eUniversity dan juga Open University, Malaysia untuk menghasilkan modul keusahawanan Internet bukan sahaja untuk universiti tempatan, tetapi juga bertaraf antarabangsa!

Kini, program Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah melahirkan lebih 2,000 pelajar dewasa yang telah tamat pengajian!

Apa yang paling menarik sekali tentang modul yang dihasilkan ini serta pendekatan adalah, ianya "business based learning", bererti, pelajar pada akhir pembelajaran bukan sahaja akan mendapat sijil atau hanya konvo seperti universiti lain. Tetapi, akan menghasilkan perniagaan sendiri sepanjang modul yang disediakan. Perniagaan yang boleh menjana keuntungan!

Pendekatan univeristi-univerisiti juga adalah menarik oleh kerana mahukan saya yang berpengalaman dalam perniagaan untuk menjadi tenaga pengajar modul universiti ini.

Klik play pada video di atas untuk menonton klip revolusi Internet dan media sosial

Internet dan media sosial telah mengubah bidang perniagaan, korporat dan juga kerajaan. Pengetahuan dan ilmu pemasaran Internet dan media sosial adalah amat penting di zaman IT ini sama ada untuk memulakan perniagaan, meningkatkan keuntungan perniagaan dan juga menambah nilai karier anda.

Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, Program profesional 6-bulan

Namun sejak 4 tahun mengendalikan program 9-bulan Diploma Profesional ini, serta mendengar pandangan dan pendapat orang ramai, dua faktor yang dibangkitkan adalah:

  • Faktor MASA

    Ramai yang meminta untuk pendekkan jangkamasa kursus dari 9 bulan kepada masa yang lebih singkat oleh kerana kekangan masa sebagai usahawan, kerier dan juga suri rumah.
  • Faktor KOS

    Oleh kerana jangka masa kursus adalah 9 bulan, maka kos juga adalah lebih tinggi. Dengan memendekkan jangka masa kursus, kos dapat dikurangkan sebanyak lebih 60%
Mulai 2015, atas permintaan ramai, sebuah program baru yang lebih pendek khusus bagi usawahan, mereka bekerja dan juga surirumah yang inginkan keputusan yang hampir sama, tetapi dalam waktu yang lebih singkat dan mesra kos.

Laman ini disediakan untuk memudahkan anda mengikuti 5 langkah bagaimana anda boleh menyertai Program 6-bulan, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial ini. Teruskan bacaan anda ke langkah 2!

Semoga kita berjumpa lagi,

-Irfan Khairi
Koordinator / Pensyarah